Pesta Buku Utara 2016
Tarikh: 20-26 Mac 2016
Masa: 9.00 pagi - 7.00 petang
Tempat: Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia.
Masuk: Percuma
Kebanyakkan penjual dan penerbit buku menerima baucar buku di pesta buku ini.
Pengalaman Pesta Buku Utara 2016
Pesta Buku Utara 2016 ini dianjurkan oleh UUM Press dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dan Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Pesta Buku Utara 2016 adalah salah satu acara dalam kalendar penerbitan kerana anda boleh melihat persta buku jualan termurah di Malaysia.
Menurut Dato’ Haji Tajul Urus Mat Zain, beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya yang menyatakan bahawa penganjuran pesta buku ini dapat menggalakkan budaya membaca dan menanam minat membaca di kalangan warga Universiti Utara Malaysia (UUM). Selain itu, Penolong Naib Canselor Kolej Perniagaan (COB), Prof Dr Rushami Zien Yusoff yang menyatakan bahawa matlamat penganjuran untuk menjadikan tabiat membaca sebagai sebahagian gaya hidup dalam masyarakat.
Terdapat pelbagai bahan bacaan yang dipamerkan di sana. Sebagai contoh, novel, buku rujukan, buku latihan, buku cerita, ensiklopedia, majalah dan sebagainya. Semua bahan bacaan tersusun dengan rapi di atas meja dan rak buku. Tujuan pesta buku ini diadakan adalah untuk memupuk minat membaca di kalangan warga Universiti Utara Malaysia (UUM). Terdapat kebanyakan penerbit buku yang menyertai pesta tersebut. Kebanyakkan penjual dan penerbit buku menerima baucar buku dan semua buku diberi potongan harga yang istimewa. Para pengunjung berasa sangat gembira dengan berpeluang untuk membeli bahan bacaan yang bermutu dan berminat dengan harga yang sepatutnya.
Akhirnya, saya telah membeli sebuah ensiklopedia dengan bertajuk "Calculus Workbook" dan sebuah buku rujukan dengan bertajuk "How to write a Thesis" dengan menggunakan baucar buku. Saya berpuas hati dengan buku yang saya beli.





No comments:
Post a Comment